Ragam manusia

Tuesday, February 27, 2007

Kecanggihan Buran

Ziauddin Sharuddin dan Hafizah Iszahanid

Kapal angkasa AS$2 bilion tarikan utama pada Pameran Angkasa Lepas Antarabangsa Malaysia 2007 bermula 5 Jun hingga 7 Ogos

JUTAAN rakyat Malaysia kini mengikuti dengan penuh minat perkembangan bakal angkasawan pertama negara yang mengikuti program peringkat akhir di Russia.

Latihan penuh getir selama 12 bulan yang diikuti pegawai perubatan, Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan doktor gigi, Kapten Dr Faiz Khaleed, mencetuskan minat besar rakyat terhadap program angkasa lepas.

Sebagai sebuah negara kecil, Malaysia memang jauh ketinggalan di belakang kuasa besar yang menguasai program angkasa lepas, terutama Amerika Syarikat dan Russia serta kuasa baru muncul, China.

Rakyat memang menyedari dan mengikuti perkembangan yang berlaku di seluruh dunia, tetapi program angkasa lepas dirasakan begitu jauh dan tidak mempunyai kaitan dengan negara.

Keputusan kerajaan menghantar angkasawan, diikuti dengan ujian pemilihan angkasawan yang dibuka kepada orang ramai hingga tapisan terakhir yang memilih Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Faiz, mengubah senario ini.

Bidang berteknologi tinggi yang dulu begitu jauh, kini terasa begitu dekat di hati rakyat Malaysia, tetapi minat tidak mencukupi.

Kira-kira tiga bulan lagi, pameran yang julung kali diadakan di negara ini bakal menyemarak minat, semangat dan pengetahuan rakyat dengan lebih mendalam terhadap program angkasa lepas.

Pameran Angkasa Lepas Antarabangsa Malaysia 2007 (MIA2007) bermula 5 Jun hingga 7 Ogos ini akan mempamerkan keupayaan teknologi angkasa lepas Russia, negara yang kini menjadi tempat latihan bakal angkasawan pertama negara.

Bakal diadakan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, pameran itu dianjurkan syarikat tempatan, Best Venue Sdn Bhd.

Pengurus Best Venue Sdn Bhd, Koid Li Yee, berkata Russia bersama Amerika Syarikat adalah dua negara unggul dalam program angkasa lepas.

Bagaimanapun, katanya Russia adalah negara pertama yang menghantar angkasawan ke angkasa lepas, iaitu Yuri Gagarin dan hingga kini, teknologi angkasa lepas negara itu terus unggul. Bukan saja Malaysia, malah negara maju turut menghantar angkasawan menggunakan kapal angkasa lepas negara itu.

Menceritakan latar belakang pameran bertaraf antarabangsa itu, katanya Malaysia bersaing sengit dengan China dan Korea untuk mendapatkan hak penganjuran pameran itu.

Beliau menyifatkan penganjuran pameran itu sebagai tepat pada masanya kerana akan menyemarakkan minat secara berterusan rakyat terhadap program penghantaran angkasawan negara hujung tahun ini.

“Saya berkongsi perasaan dengan majoriti rakyat Malaysia yang berminat mengetahui lebih lanjut mengenai program angkasa lepas, tetapi malangnya hanya dapat melihat dengan menonton televisyen atau menatap surat khabar dan majalah,” katanya.

Li Yee berkata, penganjuran pameran itu lebih bermakna kerana serentak dengan ulang tahun kemerdekaan negara ke-50 dan pada masa sama Tahun Melawat Malaysia.

MIA2007 juga mencatat sejarah apabila diadakan dalam khemah alih udara terbesar di Asia, iaitu seluas 200,000 kaki persegi.

Bagi menjadikan pameran itu sebagai pengalaman yang sukar dilupakan, Li Yee memberitahu bahawa pameran itu bukan sekadar tontonan, tetapi membolehkan pengunjung merasai sendiri pengalaman berkaitan angkasa lepas.

Sehubungan itu, katanya pameran itu diperincikan kepada pelbagai bahagian dengan tarikan utama adalah kapal angkasa lepas, Buran, yang bernilai AS$2 bilion.

“Buran yang dibawa ke Malaysia adalah yang sebenar dan bukan replika. Begitu juga dengan bahan pameran lain seperti batu yang diambil di bulan, pakaian angkasawan dan makanan dalam Galeri Artifak Angkasa Lepas,” katanya kepada Berita Minggu.

Antara bahan pameran itu termasuk persembahan latihan angkasawan, tayangan video penjelajahan Marikh, teater tiga dimensi angkasa lepas dan persembahan pendaratan ke bulan.

“Saya percaya aspek pameran yang pasti ingin disertai pengunjung adalah simulator, iaitu membabitkan penerbangan angkasa lepas, pendaratan di bulan dan penjelajahan Marikh,” katanya.

Ketika ujian pemilihan angkasawan, media massa memaparkan pelbagai jenis ujian yang wajib dilakukan oleh calon seperti ujian Daya-G dan ujian kecergasan.

Melalui pameran ini, katanya sesetengah pengalaman yang dilalui oleh calon berkenaan boleh dirasai di bahagian pameran Jurulatih Daya-G dan Jurulatih Pelbagai Paksi, Ujian Kecergasan Angkasawan dan Jurulatih Mobiliti Stesen Angkasa Lepas.

Pameran ini yang dijangka dikunjungi kira-kira sejuta orang, termasuk pelancong asing pasti memberikan pengalaman dan pengetahuan baru kepada rakyat Malaysia untuk mendekati program angkasa lepas.

Walaupun tidak semua orang berpeluang menjadi angkasawan, pameran kira-kira dua bulan ini diharapkan dapat merangsang minat golongan muda untuk mempelajari bersungguh-sungguh bidang sains dan teknologi.

Mereka akan diperlukan sebagai pakar dan tenaga kerja berkemahiran tinggi apabila program dan industri berkaitan angkasa lepas negara berkembang maju pada masa depan.

FAKTA: Mengenali Buran

# Buran bukan saja kapal angkasa yang boleh membawa muatan ke angkasa tetapi menjalankan tugas pembaikan.

# Ia boleh membawa muatan seberat 30 tan ke angkasa dan pulang dengan muatan 20 tan

# Bahagian kargonya direka berdiameter 4.5 dengan ukuran panjang 17 meter

# Boleh membawa hingga empat krew dan enam penumpang

# Rekaan thermal protection system membolehkan Buran bertahan hingga 100 kali penerbangan

# Ada tiga thermal protection system dalam Buran, ‘carbon-carbon’, ‘ceramic tiles’ dan ‘flexible material’

# Buran bukan sebahagian daripada sistem tetapi muatan kepada pelancar Energia. Muatan lain boleh dihantar ke angkasa oleh Energia.

# Buran direka untuk pengendalian manusia dan pengendalian tanpa manusia, ia memiliki keupayaan mendarat secara automatik.

# Sistem pendaratan automatik Buran memastikan ia mendarat di landasan

# Buran boleh membawa pulang muatan 20 tan berbanding 15 tan bagi lain-lain kapal angkasa

# Ketiadaan roket enjin utama ketika di angkasa. Enjin utama terletak pada kapal pengangkut Energia.

# Energia sejak peringkat awal direka untuk pelbagai guna bukan saja sebagai pelancar pesawat.

# Energia juga boleh menghantar muatan ke bulan. Tetapi ia tidak pernah diuji

Misteri: Teka-teki identiti Mona Lisa

Oleh Nasron Sira Rahim

Teori terbaru mengatakan wanita dalam lukisan Leonardo Da Vinci wajahnya sendiri dalam versi 'kewanitaan'

SEBUAH potret lama berusia lebih 500 tahun yang digantung pada satu sudut dinding Muzium Louvre di kota Paris, Perancis terus mencetuskan misteri yang membingungkan ramai pihak sehingga kini.

Lukisan potret berasaskan cat minyak itu menggambarkan seorang gadis yang tidak dinafikan kecantikannya. Dia kelihatan menghadap ke arah pelukis dengan kedua-dua pergelangan tangannya dirapatkan antara satu sama lain.

Lalu dengan kedudukan begitu, Leonardo Da Vinci terus menggerakkan peralatan melukisnya dengan warna tertentu di atas kepingan papan mengikut corak dan pemandangan di hadapan matanya, sekitar 1503.

Pelukis itu mengambil masa lama untuk menyiapkan lukisan itu sebaliknya ketelitian dan pelbagai penekanan dalam proses menghasilkan kerja seni itu menyebabkan potret bergelar ‘Mona Lisa’ itu siap empat tahun kemudian.

Kini, selepas lebih 500 tahun, potret agung bersaiz 53 sentimeter lebar dan 77 sentimeter panjang itu digantung di sebalik cermin yang dilengkapi pengawasan ketat di sebuah galeri khas muzium terbabit.

Sebelum dipindahkan ke galeri khas itu pada April 2005, jutaan peminat dari seluruh dunia mengunjungi Muzium Louvre semata-mata ingin melihat potret yang penuh dengan misteri dan enigma itu.

Selain kekaguman melihatkan hasil seni yang memukau, tanda tanya dan kebingungan pasti menerjah ke benak minda kebanyakan pihak yang memerhati dengan teliti riak wajah pada potret itu.

Senyuman gadis itu aneh sekali, jarang sekali manusia memiliki senyuman ‘semisteri’ senyuman Mona Lisa. Bentuk senyuman itu tampak berbeza jika dilihat dari sudut berlainan.

Ketaksuban terhadap senyuman itu menyebabkan ia menjadi igauan penyelidik, ahli psikologi dan pengkaji seni dalam usaha menafsirkan makna di sebalik senyuman itu.

Sekecil-kecil sudut dalam lukisan berkenaan diteliti bagi membongkar rahsia yang menyelubungi wanita itu malah satu program komputer direka khas untuk mengetahui perasaan model terbabit ketika dia menyimpulkan senyuman seunik itu.

Program komputer dibangunkan Universiti Illinois dan Universiti Amsterdam itu membandingkan apa yang diimbas dengan pangkalan data berbagai ekspresi wajah manusia. Ia mengukur bentuk seperti lingkungan bibir dan kerutan sekitar mata untuk menghasilkan kesimpulan.

Hasilnya, program ‘pengenal emosi’ itu menyatakan bahawa wanita dalam lukisan Da Vinci itu berada dalam kondisi bahagia dengan peratusannya ialah 83 peratus gembira, sembilan peratus jijik, enam peratus takut dan dua peratus marah.

Pada 2003 ilmuwan dari Universiti Harvard mengatakan, cara mata pemerhati memproses maklumat visual membuatkan senyuman Mona Lisa hanya tampak unik ketika seseorang memandang bahagian lain dalam lukisan itu.

Baru-baru ini pula, sekumpulan penyelidik Kanada cuba membongkar misteri dengan mengandaikan bahawa senyuman Mona Lisa itu sebagai tanda kegembiraan wanita berkenaan yang baru saja melahirkan anak keduanya.

Andaian itu berdasarkan penemuan kumpulan pengkaji itu yang mengamati bahagian lukisan berkenaan menggunakan cahaya inframerah dan teknik tiga dimensi. Dengan teknik itu, mereka dapat melihat goresan cat lapisan demi lapisan dihasilkan Da Vinci selain menjumpai bahagian yang tidak dapat dilihat mata kasar, sebelum itu.

"Dari pengamatan yang sangat mendalam terhadap lukisan itu, jelas terlihat bahawa baju dipakai Mona Lisa dilapisi kain kasa lutsinar," kata Bruno Mottin dari Pusat Penelitian dan Restorasi Muzium Perancis. Kain jenis ini banyak dipakai wanita Itali yang sedang mengandung atau baru saja melahirkan anak pada abad ke-16.

Sebelum itu, bahagian berkenaan jarang diamati kerana dianggap terlalu gelap sehingga sukar dilihat mata kasar. Namun, dengan teknik tiga dimensi itu, dapat dipastikan model Da Vinci itu sedang memakai pakaian berkenaan selepas melahirkan putera kedua.

Selain senyuman unik, satu lagi keistimewaan gaya lukisan Da Vinci menerusi potret berkenaan menyebabkan bebola mata Mona Lisa akan sentiasa memandang ke arah pengunjung tidak kira dari arah mana mereka memerhatikan lukisan itu.

Akan tetapi, antara misteri paling utama dalam potret Mona Lisa untuk mengenalpasti siapa wanita itu sebenarnya.

Teori mengatakan wanita itu gembira kerana baru melahirkan anak kedua mengaitkan bahawa model Mona Lisa sebenarnya ialah Lisa Ghererdini, isteri seorang pedagang bernama Francesco de Giocondo. Nama Mona Lisa yang digunakan bermaksud Madam Lisa.

Bagaimanapun, terdapat wanita lain yang dikaitkan sebagai Mona Lisa; selain Lisa Ghererdini, wanita yang turut dikaitkan sebagai model Mona Lisa ialah Isabella of Aragon, Caterina Sforza dan Constanza d'Avalos.

Seorang penulis, Serge Bramly, pula mengemukakan teori bahawa model kepada lukisan Mona Lisa adalah ibu kepada Da Vinci dikenali sebagai Caterina.

Terdapat juga pengkaji seni yang mengandaikan bahawa wajah Mona Lisa dilukis Leonardo tanpa merujuk kepada mana-mana model sebaliknya ia berdasarkan imaginasi pelukis itu yang banyak menghabiskan masa mengkaji teknik melukis wajah seseorang.

Bagaimanapun, teori yang paling mengejutkan dikemukakan Dr Lillian Schwartz dari Bell Labs yang menyatakan bahawa Mona Lisa sebenarnya wajah Leonardo sendiri dalam versi ‘kewanitaan’.

Teori itu diperoleh apabila Schwartz menggabungkan wajah Leonardo dan wajah Mona Lisa dan hasilnya, didapati bentuk kedua-dua wajah itu adalah selari!

FAKTA: Potret Mona Lisa

Lukisan itu menjadi popular selepas dicuri dari Muzium Louvre pada 21 Ogos 1911. Selepas kecoh mengenai kehilangan itu, seorang pekerja muzium terbabit iaitu Vincenzo Peruggia akhirnya didapati bersalah. Lukisan itu dijumpai dan dikembalikan ke Muzium Louvre dua tahun kemudian.

Populariti potret Mona Lisa menyebabkan ia dijadikan lagu berlainan lebih 10 kali, diinspirasi sebagai filem atau babak filem dan pelbagai sastera serta seni kreatif lain.

Judul ‘Mona Lisa’ diberikan kepada potret itu 31 tahun selepas kematian Leonardo. Selain Mona Lisa, judul lain adalah ‘La Gioconda’.

Keistimewaan Mona Lisa adalah matanya akan sentiasa memandang ke arah pemerhati tidak kira dari arah mana anda memerhatikannya. Senyumannya juga kelihatan berbeza dari setiap sudut pandangan berbeza.

Terdapat pertikaian bahawa Mona Lisa membiarkan rambutnya terurai hingga ke bahu seperti terlihat dalam lukisan bagaimanapun ia disanggah dengan kenyataan corak seakan rambut itu sebenarnya kain pelindung kepala dan hanya beberapa helai rambut kelihatan. Perbuatan membiarkan rambut bebas terurai di zaman Renaissance adalah ciri wanita muda yang tidak memiliki sopan santun.

Selepas 500 tahun, keadaan meterial lukisan Mona Lisa yang melewati masa lama semakin membimbangkan.

Labels: , ,

Thursday, February 15, 2007

Bus Ads





Labels:

Mixed Animal





Labels:

Wednesday, February 14, 2007

How to write a resignation letter?

Short but not formal....

A bit formal.....

Formal One......

Or this one ?

Kisah Rumah

Seorang lelaki baru sahaja bertengkar dengan isterinya. Habis bertengkar, secara tiba-tiba sahaja isterinya terus mengemas barang-barangnya ke dalam beg.

"Kenapa ? " lelaki itu bertanya.

Isterinya terhenti sebentar. Dia merenung lelaki itu lalu berkata, " Kita sudah berkahwin lebih lima belas tahun. Dalam masa itu, rumah ini tak pernah aman. Asyik bertengkar saja.

Saya sudah tak tahan. Saya nak tinggalkan rumah ini ! " Lelaki itu berfikir sebentar. Dia kemudian berlari ke dalam biliknya dan membawa keluar sebuah beg pakaian." Betul juga kata awak. Aku juga dah tak tahan dengan rumah ini. Aku nak ikut awak keluar dari rumah ini ! "

Labels:

Tuesday, February 13, 2007

Hadiah dan makna tersirat......................

Setiap hadiah yang anda beri kepada kawan/kekasih/ isteri/suami anda mempunyai maksud yang tersirat...

JAM TANGAN...... ...Tanda meningati setiap masa dan waktu.
CINCIN...... .......Tanda ikatan kasih yang abadi.
GELANG...... .......Tanda mesra
RANTAI LEHER....... Ikatan cinta yang perlu perhatian.
SUBANG...... .......Tanda penghargaan dan penghormatan.
KASUT....... .......Sentiasa mengambil berat/prihatin.
PAKAIAN/KAIN. ......Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu.
PAYUNG...... .......Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi.
MINYAK WANGI....... Tanda cinta
BINGKAI GAMBAR.....Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan.
BUKU........ ....... Bersifat terbuka dan bertolak ansur.
BUNGA....... ........Tanda perkenalan dan tanda sayang
COKELAT ........ semanis cintamu.
LAGU/CD/KAD UCAPAN...... ... mengabadikan cinta
SEJADAH DAN ALQURAN..... ....tandanya kekasihnya itu menyayanginya dunia dan akhirat.
HANDPHONE .... .... tandanya kau jangan lari dari ku!!!!...... .aku akan cari kamu walau dimanapun anda berada... melainkan kalau handphone tu ditutup.....

*HADIAH PALING BERHARGA DALAM DUNIA!!
MASUK MEMINANG.... ..tandanya dia serius dan betul2 seriuss..!

Bersih

Seorang ulamak sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudhuk. Oleh kerana tandas di dalam kapalterbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu.

Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki (washing
basin), seorang peramugari telah ternampak perbuatan ulamak itu dan menegurnya.

Peramugari: (dengan suara dikeraskan..) Tuan tidak boleh memasukkan kaki
ke dalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki.
Ulamak: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri...) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?
Peramugari: (dengan sifat angkuh...) Kebiasaannya sekali atau dua kali
dalam sehari.
Ulamak: (dengan sifat bersahaja....) Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari.

Labels:

Remaja Islam perlu hindari sambutan Hari Kekasih

AMALAN untuk meraikan sambutan Hari Kekasih (Valentine’s Day) setiap 14 Februari amat bercanggah dengan syara’ kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama Kristian dan menjurus kepada kebobrokkan akhlak.

Selain itu, sambutan yang tidak berfaedah ini dirai dengan penuh unsur maksiat seperti berdua-duaan, berpeleseran hatta membawa kepada perbuatan seks bebas.

Sesungguhnya budaya meniru budaya barat yang terpesong dan mencampurkan perkara aqidah mengikut kepercayaan agama lain adalah salah di sisi Islam.

Dalam erti lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agama Islam dengan akidah dan peribadatan agama lain. Ini berdasarkan firman Allah s.w.t yang bermaksud “Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.” (Surah Al-Kafirun ayat 1-6 )

Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 1/2006 pada 21 Februari 2006 telah memutuskan bahawa amalan merayakan Hari Kekasih tidak pernah dianjurkan oleh Islam.

Para mufti di Malaysia juga telah bersepakat untuk memutuskan bahawa amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam seperti yang dibincangkan dalam muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005.

Melalui sejarah Valentine, jelas ia dapat disabitkan dengan budaya Kristian yang menyatakan Valentine’s Day bermula dari kematian tragis seorang Paderi yang bernama St.Valentine yang dibunuh oleh seorang Raja Romawi yang bernama Raja Claudius pada II (268-270M ).

Bermula dari kisah ini mereka telah mengabdikan St.Valentine sebagai seorang tokoh yang hebat dalam mempertahankan cinta dan dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup. Ia turut dianggap sebagai upacara keagamaan masyarakat Kristian.

Justeru, umat Islam khususnya remaja diminta agar tidak meraikan sambutan Hari Kekasih.

Berikut adalah amalan yang perlu dihindari oleh remaja Islam pada hari berkenaan:

1. Berfoya-foya sesama kekasih dan mengadakan majlis atau parti untuk menyambut hari tersebut.

2. Menghantar kad-kad ucapan dan pada kad-kad tersebut terdapat gambar pari-pari yang mempunyai dua sayap yang menjadi simbol kepercayaan agama Kristian.

5. Menghantar pesanan ringkas (SMS) kepada kekasih untuk meluahkan rasa sayang sebagai tanda percaya akan “keajaiban” hari tersebut.

Kami melahirkan rasa kecewa kerana wujud segelintir pihak yang sanggup menaja majlis sambutan Hari Kekasih dan menjual barang-barang cenderahati untuk mempengaruhi remaja memperingati hari tersebut.

– Mohd. Hariri Mohamad Daud,

Majlis Perwakilan Pelajar

Universiti Sains Islam Malaysia.

Labels:

Monday, February 12, 2007

How NOT to be a millionaire

NEW YORK - Idaho resident Kathy Evans brought humiliation to her friends and family Tuesday when she set a new standard for stupidity with her appearance on the popular TV show, "Who Wants To Be A Millionaire. "

It seems that Evans, a 32-year-old wife and mother of two, got stuck on the first question, and proceeded to make what fans of the show are dubbing "the absolute worst use of lifelines ever."

After being introduced to the show's host Meredith Vieira, Evans assured her that she was ready to play, whereupon she was posed with an extremely easy $100 question. The question was:

"Which of the following is the largest?"
A) A Peanut
B) An Elephant
C) The Moon
D) Hey, who you calling large?

Immediately Mrs. Evans was struck with an all consuming panic as she realized that this was a question to which she did not readily know the answer.

"Hmm, oh boy, that's a toughie," said Evans, as Vieira did her level best to hide her disbelief and disgust. "I mean, I'm sure I've heard of some of these things before, but I have no idea how large they would be."

Evans made the decision to use the first of her three lifelines, the 50/50. Answers A and D were removed, leaving her to decide which was bigger, an elephant or the moon. However, faced with an incredibly easy question, Evans still remained unsure.

"Oh! It removed the two I was leaning towards!" exclaimed Evans. "Darn. I think I better phone a friend."

Using the second of her two lifelines on the first question, Mrs. Evans asked to be connected with her friend Betsy, who is an office assistant.

"Hi Betsy! How are you? This is Kathy! I'm on TV!" said Evans, wasting the first seven seconds of her call. "Ok, I got an important question. Which of the following is the largest? B, an elephant, or C, the moon. 15 seconds hun."

Betsy quickly replied that the answer was C, the moon. Evans proceeded to argue with her friend for the remaining ten seconds.

"Come on Betsy, are you sure?" said Evans. "How sure are you? Puh, that can't be it."

To everyone's astonishment, the moronic Evans declined to take her friend's advice and pick 'The Moon.'

"I just don't know if I can trust Betsy. She's not all that bright. So I think I'd like to ask the audience," said Evans.

Asked to vote on the correct answer, the audience returned 98% in favor of answer C, 'The Moon.' Having used up all her lifelines, Evans then made the dumbest choice of her life.

"Wow, seems like everybody is against what I'm thinking," said the too-stupid-to- live Evans. "But you know, sometimes you just got to go with your gut. So, let's see. For which is larger, an elephant or the moon, I'm going to have to go with B, an elephant. Final answer."
Evans sat before the dumbfounded audience, the only one waiting with bated breath, and was told that she was wrong, and that the answer was in fact, C, 'The Moon.'

Something good to share : Warren Buffet

There was a one hour interview on CNBC with Warren Buffett, the second richest man who has donated $31 billion to charity. Here are some very interesting aspects of his life:

1)He bought his first share at age 11 and he now regrets that he started too late!

2)He bought a small farm at age 14 with savings from delivering newspapers.

3)He still lives in the same small 3 bedroom house in mid-town Omaha , that he bought after he got married 50 years ago. He says that he has everything he needs in that house. His house does not have a wall or a fence.

4)He drives his own car everywhere and does not have a driver or security people around him.

5)He never travels by private jet, although he owns the world's largest private jet company.

6)His company, Berkshire Hathaway, owns 63 companies. He writes only one letter each year to the CEOs of these companies, giving them goals for the year. He never holds meetings or calls them on a regular basis.

7)He has given his CEO's only two rules. Rule number 1: Do not lose any of your share holders' money. Rule number 2: Do not forget rule number 1.

8)He does not socialize with the high society crowd. His past time after he gets home is to make himself some pop corn and watch television.

9)Bill Gates, the world's richest man met him for the first time only 5 years ago. Bill Gates did not think he had anything in common with Warren Buffet. So he had scheduled his meeting only for half hour. But when Gates met him, the meeting lasted for ten hours and Bill Gates became a devotee of Warren Buffet.

10)Warren Buffet does not carry a cell phone, nor has a computer on his desk.

11)His advice to young people: Stay away from credit cards and invest in yourself.

Amazing individual indeed......

Monday, February 05, 2007

Dunia semakin mengecil

Lebih 15 tahun yang lalu kebanyakkan masyarakat di Malaysia akan lebih cenderung untuk menangis di lapangan terbang apabila menghantar anak-anak mereka menuntut di luar negara.

Bahkan ada juga yang menangis di stesen bas walaupun jarak perpisahan dengan anak-anak mereka hanyalah sekitar 500 kilometer sahaja.

Namun bagi yang menuntut di luar negara, perpisahan ini mungkin amat terasa kerana hanya kenderaan laut dan udara sahaja yang boleh menyatukan mereka. Perpisahan secara fizikal selama empat tahun adalah perkara biasa. Para pelajar yang menuntut di luar negara hanya mampu pulang apabila dibiayai oleh penaja atau tamat pengajian.

Penulis sendiri mempunyai ahli keluarga yang tak pernah pulang ke tanah air selama lebih 10 tahun kerana menuntut ilmu. Ini terjadi kerana perjalanan pulang mengambil masa yang agak lama atau melibatkan kos yang tinggi. Pada ketika itu hanya surat yang menjadi penyambung rindu antara ibu dan anak.

Sejak zaman Internet mula berkembang pesat sekitar 10 tahun yang lalu, dunia sudah menjadi semakin sempit. Ibu dan anak boleh berhubung secara live dengan teknologi Internet. Zaman digital ini menyebabkan gambar boleh dihantar dengan pantas. Bahkan panggilan telefon juga telah menjadi semakin murah.

Bagi yang mempunyai anak yang menuntut di United Kingdom (UK), kerinduan seorang ibu dengan anaknya tidak begitu terasa kerana anak-anak mereka kerap menelefon mereka. Dengan hanya membayar sebanyak GBP 25 (RM 175) sebulan, seseorang itu boleh membuat panggilan telefon sebanyak 1000 minit sebulan ke Malaysia.

Bahkan dengan tambang-tambang murah yang disediakan oleh syarikat penerbangan dari UK ke Malaysia menjadikan jarak antara UK dengan Malaysia hanya selama 13 jam sahaja. Ia hampir menyamai jarak masa Kota Bharu ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas. Dengan adanya penerbangan tambang murah yang bakal disediakan oleh AirAsia X, penulis menjangkakan para pelajar di UK akan pulang ke Malaysia dua kali setahun dan bukan lagi dua tahun sekali.

Perhubungan yang lebih pantas ini juga telah mewujudkan satu fenomena baru dalam industri di dunia. Pada hari ini bagi struktur yang besar seperti pembinaan pesawat, ia tidak lagi dibina di satu tempat. Sebagai contohnya, bagi pembinaan pesawat Airbus, mereka telah melaksanakan konsep Just In Time (Tepat pada Masanya). Bahagian struktur utama badan pesawat telah dibina di beberapa buah negara di Eropah dan pemasangan akan dilakukan di satu pusat pemasangan pesawat. Pesawat kargo Airbus yang bernama Beluga telah digunakan bagi mengangkut struktur tersebut ke pusat pemasangan seperti Toulouse di Perancis atau Hamburg di Jerman.

Konsep yang pada awalnya hanya digunakan oleh Airbus telah diguna pakai oleh Boeing bagi pembinaan pesawat barunya iaitu Boeing 787 Dreamliner. Tetapi Boeing telah lebih mengejutkan kerana pembinaan komponen utamanya melibatkan Amerika Syarikat (AS), Jepun dan Itali. Ini dilakukan bagi menjimatkan masa dan kewangan.

Untuk membawa komponen utama ke AS, Boeing telah mengubahsuaikan tiga buah pesawat Boeing 747-400 yang dipanggil Dreamlifter (Pengangkut Impian) dengan membesarkan ruang badannya atau fuselage. Yang peliknya proses pengubahsuaian ini dilakukan di Taiwan dan bukannya di syarikat Boeing di AS. Ini kerana kos pengubahsuaian yang dilakukan di Taiwan oleh Evergreen lebih murah jika dibandingkan dengan Boeing sendiri di AS.

Banyak syarikat dalam industri pesawat di negara Barat telah mengalihkan sektor pembuatan ke negara yang mempunyai tenaga mahir yang ramai dengan kos yang rendah. Antara negara yang menjadi tumpuan sekarang ini adalah China dan India. Malaysia pun tidak terkecuali dalam hal ini. Tetapi kemudahan yang terhad telah menjadikan Malaysia masih belum mampu berada dalam peta dunia dalam bidang ini.

Langkah yang paling utama untuk menarik industri ini adalah dengan memanjangkan landasan di lapangan terbang yang sedia ada agar pesawat kargo Boeing 747 boleh berlepas dari lapangan terbang tersebut. Hari ini hanya lapangan terbang KLIA dan Subang sahaja yang boleh mengikut spesifikasi pesawat ini. Lapangan Terbang Bayan Lepas hanya boleh digunakan jika pesawat Boeing 747 tidak membawa muatan berat maksimum.

Dalam industri pembinaan pesawat, Boeing 747 telah dijadikan kayu ukur bagi pengangkutan sesuatu saiz struktur yang akan dibina. Jika tak boleh menggunakan pesawat ini, syarikat pembuat perlu memikir cara pengangkutan alternatif bagi mengangkut struktur tersebut dengan pantas. Sebagai contohnya, setiap rekaan enjin baru yang akan dibina oleh Rolls Royce mesti mempunyai diameter yang boleh dibawa masuk ke dalam pesawat kargo Boeing 747.

CTRM adalah sebuah syarikat milik kerajaan yang terlibat dalam industri pembinaan pesawat dan mempunyai pusat operasi dan pembuatan berhampiran Lapangan Terbang Batu Berendam di Melaka. CTRM telah membuat beberapa komponen utama pada sayap pesawat Airbus A380. Landasan adalah ibarat pelabuhan darat di mana kapal terbang boleh mendarat dan berlepas. Sepatutnya lapangan terbang ini sudah mempunyai landasan yang lebih panjang sehingga 3700 meter jika dibandingkan dengan hari ini hanya 2372 meter. enulisan percaya jika landasan tersebut dapat dipanjangkan, CTRM akan berpotensi untuk menjadi pusat pembuatan komponen yang lebih besar.

Tetapi disebabkan masyarakat kita yang lebih cenderung menganggap kapal terbang untuk membawa penumpang menyebabkan kita lebih pentingkan saiz bangunan terminal jika dibandingkan dengan saiz landasan. Kebanyakan saiz sesebuah lapangan terbang di dunia ditentukan berdasarkan saiz landasan. Dengan meningkat bilangan landasan di dunia akan menjadikan dunia ini semakin sempit kerana pengiraan jarak bukan lagi berdasarkan jarak jauh, bahkan jarak masa.

* DR. MOHD. ROSHDI HASSAN ialah pensyarah Universiti Putra Malaysia yang sedang berkhidmat di Rolls Royce UTC, University of Sheffield, United Kingdom.

Kerap memandu tingkat risiko hidap barah

WASHINGTON: Hasil penemuan awal satu kajian dari sebuah universiti di sini mendapati kekerapan memandu kenderaan boleh meningkatkan kemungkinan seseorang menghidap barah kulit.

Penyelidik Universiti St Louis, Scott Fosko berkata hasil kajian dijalankan menunjukkan kaitan antara kekerapan memandu kenderaan dengan banyaknya penyakit barah kulit di bahagian badan yang lebih terdedah kepada sinaran matahari di kalangan lelaki.

Beliau berkata, Hasil kajian itu yang dikemukakan dalam pertemuan tahunan Akademi Dermatologi Amerika di sini, juga mendapati data awal menunjukkan individu yang berusia kurang 70 dan menghabiskan kebanyakan masa setiap minggu dengan memandu kereta, mempunyai lebih kemungkinan menghidap barah kulit pada sebelah badan.

“Penemuan ini menyokong andaian bahawa masalah ini berpunca daripada pendedahan kulit kepada sinaran ultra ungu ketika memandu,” katanya.

Beliau berkata hasil kajian juga mendapati mereka yang memandu kenderaan dengan membiarkan cermin tingkap terbuka mempunyai risiko lebih tinggi diserang penyakit barah kulit.

Barah kulit adalah penyakit yang paling biasa berlaku di kalangan penduduk Amerika dengan lebih sejuta orang dikesan menghidapinya setiap tahun.

Fosko bersama rakannya membuat kajian dan pemerhatian terhadap 1,047 pesakit barah kulit lelaki dan mendapati 53 peratus daripada mereka menghidapinya pada sebelah bahagian badan.

Bagaimanapun kajiannya mendapati penyakit barah kulit sebelah bahagian badan tidak berlaku dikalangan wanita.

“Perbezaan jantina ini mungkin disebabkan lelaki yang lebih kerap memandu berbanding wanita,” katanya. – Agensi

Thursday, February 01, 2007

Kita wajar guna nama tempat, jalan berimej Malaysia

MERUJUK kepada tulisan T. S. Lanang bertajuk Penjajahan akal di kalangan kita masih tebal dalam ruangan forum Utusan Malaysia bertarikh 30 Januari 2007, saya amat bersetuju dengan pendapat beliau yang bernas.

Menurut tulisan beliau, setelah 50 tahun kita merdeka, penjajahan akal kita masih menebal. Banyak nama tempat di Malaysia yang diambil sempena nama berorientasikan penjajah.

Saya menyokong penuh kenyataan beliau. Jika kita lihat pada hari ini, kewujudan nama tempat berbau Inggeris ini menunjukkan seolah-olah kita masih berada dalam era penjajahan walaupun negara kita telah lama merdeka.

Nama seperti Georgetown, Queens Bay, Rafflesia, Hospital Queen Elizabeth cukup untuk menggambarkan betapa kita tidak mempunyai identiti sendiri yang kukuh.

Itu belum lagi dinyatakan pelbagai nama sekolah, hotel, kelab, perkhidmatan dan syarikat milik tempatan yang menggunakan nama Inggeris. Adakah kita memerlukan nama King Edward, King George dan Queen Victoria dalam penamaan sesebuah tempat di negara ini?

Di manakah pula kita meletakkan nama raja, sultan, pemimpin, pahlawan dan tokoh negara kita sendiri?

Adakah nama sesuatu tempat itu akan menjadi tidak menarik dan tidak glamor jika menggunakan nama yang mencerminkan identiti Malaysia?

Sepatutnya setelah separuh abad kita merdeka, kita sudah mempunyai identiti serta jati diri yang teguh dan meninggalkan budaya Barat yang dibawa masuk dalam era penjajahan.

Namun apa yang terjadi pada hari ini adalah sebaliknya. Bukan sahaja ke atas nama tempat, malah ideologi penjajah ini turut terpahat di jiwa rakyat Malaysia, seolah-olah taksub dengan identiti penjajah.

Rakyat kita lebih berbangga mempunyai nama panggilan berbunyi Barat. Lebih berbangga mengenakan pakaian penjajah berbanding pakaian keturunan sendiri.

Lebih berbangga bertutur bahasa Inggeris berbanding bahasa bangsa sendiri. Inikah realiti Malaysia setelah 50 tahun merdeka?

Inikah identiti Malaysia yang dikenali di mata dunia sebagai Truly Asia? Di manakah identiti Asia yang diuar-uarkan?

Saya pasti, jika para pejuang kemerdekaan kita semenjak dijajah empat kurun lalu masih hidup, mereka pasti amat kecewa melihat keadaan kita pada hari ini.

Bersusah payah mereka berusaha menggapai impian menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, akhirnya anak cucu mereka mengagungkan penjajah walaupun sudah bebas. Sayang seribu kali sayang. Penjajahan sudah lama berakhir, namun apa yang timbul kini ialah penjajahan ke atas mentaliti rakyat Malaysia.

Adakah wajar kita menjadi seperti Singapura yang telah menukar nama tempat dan jalan utama menjadi nama Inggeris?

Namakan sahaja Robinson Road, Stamford Road, Queen Street, Stanley Street, Victoria Street. Sekali kita mendengar, pasti tidak teragak untuk berfikir wajarkah negara Asia yang berdaulat menggunakan nama penjajah sebagai nama tempat dan jalan?

Nama tempat yang mencerminkan identiti penjajah haruslah dihapuskan segera dari negara kita dan digantikan dengan nama yang mempamerkan imej Malaysia kepada dunia. Sempena ulang tahun kemerdekaan negara ke-50 dan Tahun Melawat Malaysia 2007, wajarlah nama era penjajahan ini ditukar.

Walaupun rakyat kita seramai 25.6 juta orang terdiri daripada 105 etnik, berpuluh-puluh bahasa dan berbeza latar belakang, namun kita mempunyai satu identiti yang serupa, iaitu identiti sebagai anak Malaysia yang berdaulat.

– AIMI RAMIZAH ROSLAN,

UiTM, Shah Alam.

Perlukah iklan kita guna selebriti asing?

IKLAN jika dibentuk dengan tangan yang kreatif dan jiwa yang bebas, ia menjadi senjata yang berkesan.

Namun jika ia dilahirkan dengan nilai yang songsang bahkan berkiblatkan Barat, sarat dengan nilai kebendaan dan kebobrokan, maka ia akan menjadi racun yang bisa.

Lihatlah sahaja betapa iklan Petronas, dan iklan kempen kesihatan, keselamatan jalan raya, anti dadah dan kempen budi bahasa dan selainnya mudah difaham dan diminati khalayak ramai.

Betapa mesej yang disajikan mudah, jelas dan terus terang. Model iklan pula bukan selebriti, bukan orang ternama tetapi budak kampung dan anggota masyarakat kerdil yang diterima ramai.

Maka tidak hairanlah bahasa bukan verbal dan mesej verbal yang disampaikan menarik perhatian dan mengusik jiwa.

Jalan cerita dan daya tarikan yang digambarkan menepati sasaran. Tiada teknik, tiada strategi yang asing sehingga memeningkan sasaran.

Yang nyata ialah strategi emosi dan logika. Persembahan langsung membudayakan masyarakat dan memasyarakatkan budaya lokal bukan asing.

Justeru, falsafah dan nilai yang disajikan berkiblatkan ajaran agama, nilai dan norma budaya setempat. Contohnya, perlukah untuk mengiklan syampu mahupun minyak wangi, iklan kita menggunakan selebriti, orang ternama, jelitawan asing yang mirip Pan-Asia?

Adakah anak gadis kita tidak jelita lagi menawan? Berapa ramai wajah kita macam anak kacukan? Adakah ia gambaran demografi penduduk sebenar? Bukankah ia penjajahan budaya dan memperlecehkan minda kelas pertama? Bukankah ia melemahkan jati diri dan rasa kebanggaan diri kita?

Hakikat industri iklan kita kebaratan nyata sekali dan selagi wajah anak gadis kita tidak kelihatan atau kurang kelihatan dalam iklan syampu dan barang kecantikan, maka fenomena penjajahan minda akibat kebobrokan jati diri kita dan tingkahlaku orang di sebalik tabir akan sentiasa menguasai senario industri.

Jalan penyelesaian supaya penjajahan minda dan budaya dielakkan dengan kita memasyarakatkan iklan dan membudayakan urusan perniagaan dengan pemasaran dan promosi yang berkesan. Budaya iklan dan promosi perlu disemadikan sama hebat seperti kita memasyarakatkan minat kita terhadap sukan bola sepak dan lain.

Untuk itu, para pemain industri iklan dengan kerjasama para cendekiawan komunikasi pemasaran perlu duduk semeja membincangkan isu ini dengan bijak lagi saksama.

Jika kita lalai dan lambat, maka selagi itu budaya kita akan terus dijajah dan minda sentiasa dikawal oleh nilai asing atas dasar dunia tanpa sempadan. Tepuk dada tanya selera.

– Prof Madya Mohamad Md Yusoff,
USM, P. Pinang.

Penambakan laut Pulau Tekong bukan punca banjir

JOHOR BAHRU 31 Jan. – Banjir besar di bandar Kota Tinggi bukan disebabkan aktiviti penambakan laut di Pulau Tekong, Singapura.

Ini kerana jika aktiviti itu menjadi punca banjir di daerah berkenaan, sudah tentu kawasan yang berhampiran dengan pulau itu seperti Tanjung Surat, Tanjung Langsat dan Tanjung Buai serta Sungai Lebam turut dilanda banjir.

Ketua Jabatan Hidro dan Hidrologi, Fakulti Kejuruteraan Awam Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Prof. Madya Dr. Sobri Harun berkata, ketiga-tiga kawasan terbabit tidak dinaiki air semasa gelombang kedua bencana itu melanda Kota Tinggi.

‘‘Selain itu, kedudukan bandar Kota Tinggi yang terletak jauh dari muara Sungai Johor tidak memungkinkan aktiviti penambakan menjadi punca bandar itu ditenggelami air,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan yang menyebut penambakan Pulau Tekong berhadapan muara Sungai Johor oleh Singapura sebagai antara punca daerah Kota Tinggi teruk dilanda banjir pada 12 Januari lalu.

Perluasan pulau milik republik itu dikatakan menyebabkan muara Sungai Johor menjadi sempit lalu menyukarkan air mengalir ke laut dan mengganggu pasang surut air laut.

Dr. Sobri sebaliknya yakin banjir di Kota Tinggi berpunca daripada air terlalu deras yang turun dari Banjaran Gunung Tahan melalui Sungai Linggiu.

Tambahan pula, menurutnya, kawasan hulu Sungai Linggiu tidak mempunyai satu empangan yang besar untuk menampung hujan orografik atau hujan monsun.

‘‘Kalau ada satu kawalan di situ, sekurang-kurangnya kederasan air dari Banjaran Gunung Tahan dapat diperlahankan.

‘‘Kederasan air dari anak Sungai Johor terutamanya Sungai Linggiu menyebabkan paras air naik dengan begitu cepat,” katanya.

Menurut Dr. Sobri, dua anak sungai iaitu anak Sungai Johor yang mengalir sehingga ke Layang-Layang dan Sungai Linggiu sebenarnya penyumbang utama kepada banjir di Kota Tinggi baru-baru ini.

Justeru, beliau mencadangkan supaya satu bentuk kawalan air segera diadakan di bahagian Sungai Linggiu seperti membina kolam takungan atau tadahan.

‘‘Langkah ini perlu kerana sehingga kini tiada satu kolam takungan atau tadahan di kawasan Sungai Linggiu dan kos pembinaan kolam takungan bukanlah begitu mahal berbanding kos pembinaan sebuah empangan,” ujarnya.

Dengan adanya kolam tersebut, air boleh dilepaskan ke kawasan yang tidak berpenduduk apabila tiba waktu banjir.

Beliau mengesyorkan Jabatan Parit dan Saliran (JPS) bekerjasama dengan Syarikat Air Johor Holdings Sdn. Bhd. (SAJ) dalam mencari kaedah pengurusan empangan yang baik untuk mengatasi masalah banjir.