Ragam manusia

Friday, December 22, 2006

Nama nabi atasi George

Ramai pasangan warga England, Wales namakan bayi Muhammad

LONDON: Mohammed atau yang turut dieja sebagai Muhammad kini tersenarai sebagai nama paling popular bayi di England dan Wales berbanding nama George yang sekali gus membuktikan kehadiran penduduk pelbagai etnik kian ketara di Britain.

Akhbar The Telegraph melaporkan semalam bahawa Jabatan Pendaftaran mencatatkan seramai 2,833 bayi diberikan nama Mohammed manakala seramai 1,422 bayi lain dinamakan sebagai Muhammad pada 2006.

Jika dicampur, bilangan nama Mohammed dan Muhammad mencapai 4,255, jauh mengatasi bilangan nama George iaitu 3,386 dan Joseph, 3,755.

Nama yang mengambil sempena nama junjungan mulia Nabi Muhammad, juga naik satu anak tangga pada kedudukan ke-22 nama paling banyak diberi kepada budak lelaki di seluruh Britain pada tahun ini berbanding pada tahun lalu.

Bagi senarai paling popular, nama Mohammed itu juga buat pertama kalinya menghiasi senarai 50 nama paling banyak digunakan iaitu pada kedudukan ke-44 , sebaris dengan Noah, Oscar, Lucas dan Rhys.

Senarai nama popular tahun ini juga menunjukkan ramai ibu bapa Britain memilih nama mengikut selebriti dan tidak mengikut arus sebelumnya yang mengambil nama keagamaan.

Ada seramai 38 bayi dinamakan Cruz (sempena nama anak ketiga bintang bola sepak David Beckham), yang meletakkannya pada kedudukan 650 daripada tempat ke 1,508 tahun lalu. Selain itu, seramai 14 bayi perempuan diberi nama Peaches iaitu nama anak perempuan artis veteran Bob Geldof.

Secara keseluruhannya, nama Jack mengungguli senarai nama paling popular buat tahun ke-12 berturut-turut.

Bagi bayi perempuan, nama Olivia naik tiga anak anak tangga di tempat pertama yang menyaksikan kejatuhan nama Jessica di tempat ketiga.

Ada tiga nama baru dalam senarai nama popular bayi perempuan - Imogen, Sophia dan Anna.

Nama popular lain adalah Evie, Freya, Poppy dan Jasmine bagi budak perempuan. Nama popular lain bagi bayi lelaki adalah Harrison, Alfie, Cameron dan and Henry. – Agensi

0 Comments:

Post a Comment

<< Home