KEMASUKAN KE TINGKATAN EMPAT TAHUN 2007 MRSM
MARA mempelawa pelajar Tingkatan Tiga untuk kemasukan ke Tingkatan Empat bagi tahun 2007 ke MRSM di Semenanjung Malaysia.
1. SYARAT KELAYAKAN
1.1 Warganegara Malaysia
1.2 Permohonan ini terbuka kepada pelajar ;
a) Bumiputera Tingkatan Tiga di Semenanjung Malaysia
b) Bukan Bumiputera Tingkatan Tiga yang sedang menuntut di Sekolah Menengah di Semenanjung Malaysia.
Pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP, SBPI) Kementerian Pelajaran dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) di bawah Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM), Kementerian Pelajaran tidak dibenarkan memohon.
1.3 Pemohon hendaklah memperoleh keputusan minimum 6A (A dalam Matematik dan Sains) dan baki subjek lain adalah B serta tiada gred C, D dan E dalam subjek teras Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun 2006.
2. CARA MEMOHON
2.1 Pemohon hendaklah datang sendiri ke Pejabat MARA Negeri atau Daerah yang berdekatan untuk mendapatkan borang permohonan bermula pada hari keputusan PMR 2006 diumumkan secara rasmi.
2.2 Pemohon hendaklah membawa bersama Salinan Kad Pengenalan serta Salinan Keputusan PMR 2006 yang telah disahkan semasa membeli borang.
2.3 Bayaran sebanyak RM10.00 (RM: Sepuluh Ringgit) boleh dibuat secara tunai atau dalam bentuk wang pos berpalang atas nama Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Untuk maklumat lanjut sila layari laman web MARA di alamat :
http://www.mara. gov.my
3. TARIKH TUTUP JUALAN BORANG PERMOHONAN
Borang permohonan akan dijual di semua Pejabat MARA Negeri dan Pejabat MARA Daerah selama 5 hari bekerja selepas keputusan PMR diumumkan secara rasmi.
4. TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke alamat dibawah tidak lewat dari 5 hari bekerja selepas tarikh tutup jualan borang permohonan :
Pengarah
Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah)
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA
Jalan Raja Laut
50609 Kuala Lumpur
5. PERINGATAN
5.1 Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
5.2 Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima daripada tarikh tutup akan ditolak.
5.3 MRSM menawarkan Jurusan Sains Tulen sebagai Jurusan Utama (Subjek Lukisan Kejuruteraan tidak ditawarkan)
5.4 Pemohon yang telah menghantar borang permohonan tidak perlu membeli borang permohonan lagi.
5.5 Pemohon yang ditawarkan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP, SBPI) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Kementerian Pelajaran Malaysia tidak akan ditawarkan ke MRSM.
5.6 Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi. Sekiranya tiada jawapan yang diterima selepas 30 April 2007 permohonan dianggap tidak berjaya.
5.7 Pemohon yang berjaya akan ditempatkan di MRSM yang bersesuaian mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh MARA.
5.8 Keputusan Pemilihan Jawatankuasa Pengambilan Pelajar MRSM adalah
muktamad.
Seksyen Hal Ehwal Pelajar
Bahagian Pendidikan & Latihan (Menengah) MARA
0 Comments:
Post a Comment
<< Home