Ragam manusia

Friday, November 03, 2006

Asam boi merah campur arak

MELAKA: Orang ramai terutama masyarakat Islam di negara ini perlu berhati-hati untuk membeli asam boi merah bersaiz besar yang dijual di pasaran berikutan ramuan untuk membuatnya dikhuatiri dicampur arak.

Malah, asam boi berkenaan juga dikesan dicampurkan sejenis pemanis tanpa zat iaitu `cyclamate’ yang boleh memberi kesan sampingan kepada kesihatan manusia. Pemanis berkenaan adalah bahan yang diharamkan Kementerian Kesihatan.

Penasihat Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Chua Kim Tee, berkata berdasarkan bahan ramuan untuk membuat asam boi itu yang dicetak pada pembungkusnya ada tertera perkataan `liquo’.

Katanya, dikhuatiri ejaan yang tertera itu disalah cetak dan sekiranya ia adalah `liquor’ ia bermaksud arak. “Sekiraya ia dicampurkan dengan arak ia sudah tentu menjadi haram untuk dimakan orang Islam.

“Sama ada ia mempunyai campuran bahan itu ataupun tidak, ia boleh diragui kerana terdapat perkataan liquo dalam ramuannya.

“Saya berharap Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan membuat siasatan,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam. Chua berkata, asam berkenaan dijual pada harga RM4 sekilogram.

“Asam boi merah itu dipercayai diimport dari negara luar berdasarkan maklumat pembungkusnya, ia diimport syarikat di Perak tetapi tidak pula dinyatakan alamat lengkap dan nombor telefon,” katanya.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home