Rehat sebentar...
Cerita 1
Ada seorang guru tadika yang tidak percaya wujudnya Tuhan dan dia pun berfikir bagaimana nak "brain wash" kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun mendapat satu akal...
Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ni.
Anak-anak : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan.
Anak-anak : Ada cikgu.
Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen tu dalam poket dia, kemudian bertanya lagi..
Guru tadika :Anak-anak, nampak tak pen?
Anak-anak : Tak nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada tak?
Anak-anak : Takda cikgu.
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Anak-anak : Tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Anak-anak : Takda cikgu.
Guru tadika tadi sangat gembira sebab tujuan dia nak "brain wash" otak budak-budak tu berjaya. Tetapi dalam ramai-ramai budak tu ada seorang budak yang pintar, dan dia pun mengangkat tangan...
Budak A : Cikgu boleh saya cakap sesuatu.
Guru tadika : Boleh, mari ke depan.
Budak A : Kawan-kawan nampak cikgu tak.
Kawan-kawan : Nampak.
Budak A : Cikgu ada kan?
Kawan-kawan : Ada...
Budak A : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Kawan-kawan : Tak nampak.
Budak A : Cikgu ada otak tak?
Kawan-kawan : Tak ada...
Cerita 2
Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan. pada suatu malam si isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata, "Ayang, period I dah lewat sebulan, tapi I tak boleh nak pastikan lagi sebab kita kena gi check kat doktor."
Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk tidak memberitahu sesiapa pun tentang khabar gembira ini sehingga ianya benar-benar pasti.
Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh pegawai dari TNB kerana terdapat tunggakkan dalam pembayaran bill elektrik rumah mereka.
Pegawai TNB tu pun berkata "Ini rumah En. Mahfuz ke?" "Iya, saya ni isterinya. ada apa encik"
Pegawai TNB tu pun berkata, "Puan, ni dah sebulan lewat, saya dah tak boleh tunggu ni, nanti bos saya marah."
Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai TNB tu.
"Apa? Macam mana pulak encik tahu yang saya ni sebulan lewat?" Pegawai TNB tu pun dengan selamba menjawab "Ala puan, ni kan zaman IT, semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check online"
Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si isteri tu lagi terkejut. "Apa? Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahu?"
Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan "Relek puan, puan ni baru lewat sebulan, ada yang lagi teruk, lewat 5-6 bulan"
Si isteri yang terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun berkata, nanti saya bincang dengan suami saya..lalu pegawai TNB tu pun beredar dari situ..
Keesokkan harinya, selepas si Mahfuz ini di beritahu oleh isterinya, dia pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB yang berdekatan..
Tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yang ramai di situ, dia pun memekik seraya berkata:
"Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun nak heboh-heboh ke dalam internet. Awak ni semua yang berkeluarga tak pernah lewat sebulan ke? Bisnes apa korang buat ni? Nak kena saman ke?
Lalu pegawai yang datang kerumah si Mahfuz ni berdiri dan mententeramkan keadaan. "Sabar encik, sabar encik. apa susah, kalau encik nak settlekan perkara ni, bayar je"..." kata-kata pegawai TNB tu
membuatkan si Mahfuz naik berang.
"Apa? Nak bayar korang? belahlah...."
Lalu pegawai TNB tu pun cakap "Kalau macam tu, Kita terpaksa potong encik punya..."
Si Mahfuz mencelah "Apa? potong? Abis tu isteri saya di rumah nak pakai apa?"
Pegawai TNB tu pun cakap "Nampak gayanya ISTERI ENCIK KENA GUNA LILIN AJE LA...!"
Cerita 3
Jiran 1 : Wahh... baru pindah ke?
Jiran baru : Ah... ya. Saya baru pindah ke sini. Cantik ye kat sini.
Jiran 1 : Encik ni kerja apa?
Jiran baru : Oh... saya ni seorang professor di universiti. Saya mengajar pasal deduksi.
Jiran 1 : Deduksi? Apakebendenye tu?
Jiran baru : OK. Mcm ni. Saya bagi satu contoh. Saya nampak ada rumah anjing kat belakang rumah encik. Dengan itu, saya dapat
rumuskan yang encik ni bela anjing.
Jiran 1 : Ya, betul.
Jiran baru : Fakta tadi membawa saya merumuskan yang encik ini berkeluarga.
Jiran 1 : Huh... betul lagi.
Jiran baru : Dan fakta yang encik ni berkeluarga membolehkan saya merumuskan yang encik ini beristeri.
Jiran 1 : Tepat sekali.
Jiran baru: Itulah deduksi.
Petang itu...
Jiran 1 : Saya baru je bersembang dengan jiran sebelah... baru pindah.
Jiran 2 : Ooo... dia kerja apa?
Jiran 1 : Dia ni seorang professor, mengajar deduksi.
Jiran 2 : Apa tu??
Jiran 1 : OK, saya bagi contoh. Awak ada rumah anjing?
Jiran 2 : Tak.
Jiran 1 : Aisehman... (tak reti nak buat deduksi)
0 Comments:
Post a Comment
<< Home