Ragam manusia

Thursday, September 28, 2006

Susahnya nak buat dosa....????

Susahnya Nak Buat Dosa...
Kalau nak ke disko bukan murah.
Kurang-kurang kena bayar RM25 cover charge.
Konon dapat free first drink.
Tapi yang dibagi air yang harga kat 7-Eleven cuma RM1 je...

Senangnya Nak Buat Pahala...
Kalau gi masjid tu, free je.
Dah le takde cover charge,
minum free bukan first drink je.
Berkoyan-koyan pun boley.
Silap-silap dapat makan free lagi...

Susahnya Nak Buat Dosa...
Kalau nak berzina tu, bukannya semudah ABC.
Susah. Nak sewa hotel (duit tu)...
Nak belanja awek tu makan (duit lagi)...
Silap?silap kena tangkap basah.
Ha... Boleh masuk paper free.
Kalau majikan tau, boleh kena buang keje. Laaagi haru...

Senangnya Nak Buat Pahala...
Kalau nak pose sunat tu, anytime, anywhere.
Bangun pagi takde breakfast, terus niat pose.
Dapat dah pahala.
Bukan setakat dapat pahala, siap dapat jimat duit lagi.
Pose tu kan boleh kekang nafsu.
Cume tak masuk paper je.
Tapi insyaAllah masuk syurga.
Laaagi best!

Susahnya Nak Buat Dosa...
Mengumpat tu best kan?
Tu lah hobi hampir semua manusia hari ni.
Tapi, ngumpat punye sedap, keje tak jalan.
Yang keje tu, bos tengok, abis kena haruk.
Yang suri rumah sepenuh masa lak, suami balik tengok sume tak siap,
tarik muka.
Gi makan kat kedai Timah Janda, jeles lak tuh.
Timah Janda lak kena umpat...

Senangnya Nak Buat Pahala...
Berzikir mengingati Allah tu cukup mulia.
Allah akan mengingati hambaNya yang mengingati Dia.
Orang pun tak marah. Makin saspek ade. Eh! Respek la...
Suami balik tengok keje sume siap, isteri lak terkumat-kamit berzikir.
Manis je muka.
Nak keluar rumah pun takut rugi.
Beban keje pun kurang terasa...

Susahnya Nak Buat Dosa...
Bagi orang tamak, kumpul harta memang takkan cukup sampai bila-bila.
Kejor le harta dunia ni. Makin jauh dia lari.
Sampaikan ibadah pun terabai, dunia tak gak dapat?

Senangnya Nak Buat Pahala...
Jadik zuhud tu bukan je mulia, malah cukup memudahkan.
Takyah nak sibuk?tamak haloba.
Jiran beli TV baru, sofa baru, langsir baru, lantak ko la.
Sebab dia dapat hutang baru,
kita lak dapat iman yang sentiasa diperbaharukan.
Mane lagih best?

Susahnya Nak Buat Dosa...
Orang kate "Nak hidup terpaksa la menipu".
Ha'ah! Hidup la ko kat neraka. Hehe...
Penipu ni bukan setakat Tuhan benci, manusia pun lebih-lebih lagi.
Kalau tipu duit lagi parah.
Hidup sentiasa dalam ketakutan.
Silap?kantoi, kena ganti.
Tak pun... Saman court dalam... (ikut gaya Aziz Satar dalam Bujang
Lapok)

Senangnya Nak Buat Pahala...
Orang jujur ni bukan sahaja dikasihi manusia & malaikat, malah Allah
akan sentiasa memberkati hidupnya.
Mungkin dia jadik mangsa pembelit?kat dunia ni, tapi dia takkan jadik
mangsa belitan ular kat neraka.
Hidup pun aman, bukan dalam ketakutan.
Bahagia je...

Susahnya Nak Buat Dosa...
Nak lawan hukum Allah bukan senang.
Nak study tu, study nih.
Carik peguam tuh, carik peguam nih.
Buat kempen tuh, buat kempen nih. Leceh.
Terpaksa pulak buat Istilah baru konon yang paling benar.(Hadari kot)
Tapi dusta belaka.
Ingat upah sana upah sini tu murah ke?
Banyak ooo abiskan duit.
Walaupun bukan duit rakyat, bukan duit sendiri. Hehe...
Dahla hidup kena laknat, siap booking name sendiri kat Malek.
Dunia akhirat tak tenteram!!

Senangnya Nak Buat Pahala...
Cukup senang kalau pakai hukum Allah.
Ini bukan yang manusia buat tapi hukum yang turun dari langit.
takde hukum lebih sempurna dari hukum?Allah.
Inilah hukum2 yang seadil-adilnye.
Tak payah nak fikir?nak rangka rang undang-undang baru.
Semuanya dah termaktub dalam Al-Kitaab.
Selain tuh, hidup pun diberkati.
Ridhwan pun sedia nak sambut dengan manis muka.
Inilah kemuliaan orang yang memperjuangkan Agama Allah.

InsyaAllah...

Renung-renungkanlah...

WHEN LIZARD CAN, WHY CAN'T WE?

I am told this is a true story that happened in Japan...

In order to renovate the house, someone in Japan Breaks open the wall.

Japanese houses normally have a hollow space between the wooden walls.
When tearing down the walls, he found that there was a lizard stuck there
because a nail from outside hammered into one of its feet. He sees this,
feels pity, and at the same time curious, as when he checked the nail, it
was nailed 10 years ago when the house was first built.

What happened?

The lizard has survived in such position for 10 years! In a dark wall
partition for 10 years without moving, it is impossible and mind boggling.
Then he wondered how this lizard survived for 10 years! without moving a
single step--since its foot was nailed!

So he stopped his work and observed the lizard, what it has been doing, and
what and how it has been eating. Later, not knowing from where it came,
appears another lizard, with food in its mouth.

Ahh! He was stunned and touched deeply. For the lizard that was stuck by
nail, another lizard has been feeding it for the past 10 years...

Such help! such a beautiful love! Such happened even with this tiny
creature ... What can help do? It can do wonders!

Help can do miracles!

Imagine? it has been doing that untiringly for 10 long years, without giving
up hope on its partner.

Think, will u do that to your partner ?

Think that will you do it to your Mom,

Who brought you after a big struggle of TEN long months ?

Or at least to your Dad, Friends , Coworkers, Brothers & and Sisters ?

Imagine what a small creature can do that a creature blessed with a
brilliant mind can't.

I was touched when I heard this story and started wondering about
relationships between family members, friends, coworkers, brothers, sisters.


As information and communication technology advances, our access to
information becomes faster and faster. But the distance between human
beings . . . is it getting closer as well?

TIME TO ACT...... SPREAD THE LOVE WITHIN.....SELFLESS LY

HELP is an act, do it, let it go.
LOVE is a gift, take it, let it grow.
PATIENCE is a sign, we should wear, let it show

Wednesday, September 27, 2006

Ragam manusia... bahagian 3












JOKE WORTH READING .. HOPE IT ADDS LAUGHTER TO YOUR DAY :O)

One Chinese person walks into a bar in America late one night and he saw Steven Spielberg. As he was a great fan of his movies, he rushes over to him, and asks for his autograph. Instead, Spielberg gives him a slap and says "You Chinese people bombed our Pearl Harbor, get out of here."

The astonished Chinese man replied "It was not the Chinese who bombed your Pearl Harbor, it was the Japanese". "Chinese, Japanese, Taiwanese, you're all the same," replied Spielberg.

In return, the Chinese gives Spielberg a slap and says "You sank the Titanic, my forefathers were on that ship." Shocked, Spielberg replies "It was the iceberg that sank the ship, not me." The Chinese replies, "Iceberg, Spielberg, Carlsberg, you're all the same."

This particular joke won an award for the best joke in a competition in Britain.

Tuesday, September 26, 2006

READ THE JOKE FIRST THEN LOOK AT THE PICTURE

The wife was very unhappy with her car and complained a lot to her husband:

'Buy me a surprise for my birthday!', she said. 'Something that accelerates from 0 to 100 in 4 seconds! And I would prefer a blue one!'

Happy and excited she was counting down the days for her birthday.

And finally she got the beautiful present that her husband thoughtfully bought. Apparently he is now in hospital..


Amazing China



















Knitted food













Thursday, September 21, 2006

New RM50.00 Note (Coming Soon ...)



Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR...

1. untuk suami/isteri yang tidur berdengkur diwaktu malam, kerana beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.

2. untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan, kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan dijalanan berpeleseran.

3. untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar, kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.

4. untuk pakaian kita yang dah tak muat, kerana itu bermakna kita cukup makan.

5. untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap, dan rumah yang perlu dikemas, kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

6. untuk bunyi bising jiran-jiran, kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.

7. untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci/digosok kerana itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.

8. untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat.

9. untuk tempat letak kereta yang jauh daripada lif, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk berjalan.

10.untuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi, kerana itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...

Best explanations of why Allah allows pain and suffering!

Satu penjelasan terbaik kenapa Allah memberi kesakitan dan penderitaan seperti yg telah kita lihat:

Ada seorang lelaki pergi ke kedai gunting rambut utk menggunting rambut dan janggutnya. Apabila tukang gunting rambut itu memulakan tugasnya, mereka pun berborak dan bercakap mengenai byk perkara.tapi bila mereka mula berbicara mengenai Allah,tukang gunting rambut itu pun berkata,
'' Saya tak percaya Allah itu wujud.''
''Kenapa kamu kata begitu?'' tanya si lelaki tadi.
''Cuba kamu keluar di tgh jln itu dan tunjukkan pd saya bahawa Allah itu wujud. Kalau betul Allah wujud,kenapa ramai sgt org sakit kat luar tu? Kenapa masih ada kanak2 yg terbiar? Kalau betul Allah wujud,dah tentu tiada kesakitan dan keperitan hidup dlm dunia ni. Saya x dpt bayangkan Allah yg maha penyayang boleh membenarkan semua ini berlaku''.

Si lelaki itu pun berfikir sejenak. Tapi dia tidak memberi sebarang jawapan kerana tidak mahu memulakan pertengkaran. Selepas tukang gunting rambut itu menghabiskan tugasnya, si lelaki tadi pun pergi.

Selepas beberapa langkah, si lelaki tadi ternampak seorg lelaki berambut panjang,selekeh, kotor dan janggut tidak terurus. Si lelaki tadi pun berpatah balik dan pergi semula ke kedai gunting rambut tadi dan berkata,'' kamu tahu tak yg sbnrnye tukang gunting rambut jgk tidak wujud?''

''Kenapa kamu kata mcm tu? Sedangkan saya baru saje gunting rambut kamu tadi''.kata tukang gunting rambut.
''Tidak!'' kata si lelaki tadi.''kalau tukang gunting rambut wujud, dah tentu tidak ada org yg berambut panjang tidak terurus dan kotor serta janggut yg panjang dan kotor mcm lelaki di tepi jalan itu''.

''Ah!tukang gunting rambut mmg wujud! Lelaki tu jadi mcm tu sbb dia tidak dtg pada saya utk menggunting rambutnye!'' .kata tukang gunting rambut. ''Tepat sekali!''. Kata si lelaki tadi.
''That's the point!. Allah jgk wujud. Itulah yg terjadi (keperitan& penderitaan) jika manusia tidak mengingatinya dan kembali padanya utk memohon pertolongan. ''

Puasa: Patuhi arahan ubat

Oleh: SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN

PEJAM celik, serasa baru semalam kita menjalani ibadat puasa dan menyambut Aidilfitri di kampung halaman bersama sanak saudara nan tercinta. Masih terngiang-ngiang lagu Satu Hari Di Hari Raya nyanyian M. Nasir berkumandang di corong radio manakala pada sebelah malamnya pula, anak-anak kecil riang bermain bunga api. Jika tiada aral, umat Islam di seluruh negara bakal menjalani rukun Islam ketiga itu genap sebulan bermula 24 September 2006 yang jatuh pada Ahad depan. Bagaimanapun, tarikh sebenar puasa dan hari raya tertakluk sepenuhnya kepada pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja. Jadi, masih ada masa seminggu lagi bagi para pesakit untuk berjumpa doktor masing-masing mengenai preskripsi pengambilan ubat masing-masing pada bulan puasa sekiranya masih ragu-ragu.

Seperti biasa banyak persoalan yang diajukan oleh orang ramai kepada para pengamal perubatan berkaitan puasa dan penyakit yang mereka hidapi serta ubat-ubatan yang perlu diambil.Puasa yang disyariatkan di dalam Islam ertinya menahan diri daripada makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenamnya matahari. Jadi, tempoh mengambil ubat semasa bulan puasa menjadi pendek iaitu di antara waktu selepas berbuka dan bersahur."Puasa pada bulan Ramadan difardukan kepada setiap individu Muslim dan Muslimah yang telah akil baligh dan ketiadaan uzur syar'i. "Tetapi apabila seseorang itu tidak sihat dan berpuasa boleh memudaratkan kesihatannya, wajib baginya untuk berbuka,'' kata Kol. (B) Dr. Abd. Rahman Mohd. Ali.

Menurut Pakar Runding Perubatan dan Kardiologi di Pusat Perubatan Darul Ehsan, Shah Alam, Selangor itu, biasanya doktor akan menasihati seseorang itu bila ia tidak digalakkan berpuasa. "Lazimnya, ini berlaku apabila seseorang itu menghidapi penyakit yang tidak stabil dan memerlukan rawatan rapi, intensif dan pengambilan ubat dengan lebih kerap serta kaedah rawatan yang boleh membatalkan puasa seseorang pesakit.'' katanya.

Contoh keadaan penyakit yang lazimnya tidak dibenarkan berpuasa adalah:
* Pesakit lelah atau asma di mana lelahnya tenat atau kawalan tidak baik dan memerlukan rawatan nebulizer atau inhaler (penyedut) yang kerap dan berkala.
* Pesakit kencing manis yang kerap memerlukan suntikan insulin dan sering mengalami kekurangan gula dalam darah (hipoglisemia) bila berpuasa.
* Pesakit jantung yang perlu mengambil ubat mengikut jadual yang kerap dan tepat.
* Pesakit ulser peptik (gastrik) yang tenat dan ada komplikasi.
* Penyakit cirit-birit hingga menyebabkan berlakunya kekeringan dan memerlukan rawatan rehidrasi.
* Wanita mengandung yang muntah teruk.

Dr. Abd. Rahman berkata, bagi yang menghidap penyakit kronik yang stabil tetapi memerlukan rawatan berkala serta menyukarkan berpuasa dan ingin berpuasa, perlulah berunding dengan doktor mereka.
"Pesakit perlu berbincang dengan doktor sekiranya boleh mengolah kekerapan pengambilan ubat atau mengubah ubat yang perlu diambil kepada jenis yang boleh diambil sekali atau dua kali sehari.
"Biasanya doktor akan menasihati pesakit untuk mengambil ubat sebelum atau selepas makan kerana ada penyerapan ubat yang bergantung kepada isi kandungan perut dan ada berlaku interaksi sesetengah ubat dan makanan,'' ujarnya.
Arahan ini perlu dipatuhi supaya ubat yang diambil memberikan kesan lebih sempurna.
"Arahan ini tidak menyukarkan untuk seseorang berpuasa kerana kita boleh ambil ubat mengikut arahan sebelum atau selepas sahur atau berbuka.

"Bila perlu ambil ubat sebelum makan, pesakit dinasihatkan berbuka dengan air dan buah kurma dan makan ubat dahulu sebelum memakan makanan utama selepas solat maghrib,'' kata Dr. Abd. Rahman. Kini terdapat pelbagai jenis ubat-ubatan yang hanya perlu diambil sekali atau dua kali sehari berbanding dahulu di mana ubat itu perlu diambil secara lebih kerap.

Contohnya, kebanyakan ubat darah tinggi, kencing manis dan antibiotik kini hanya perlu diambil sekali atau dua kali sehari. Ini tentulah memudahkan pesakit yang tidak tenat dan ingin berpuasa kerana mereka boleh mengambil ubat semasa sahur dan berbuka.Jelas Dr. Abd. Rahman, terdapat juga ubat-ubatan yang lazimnya diambil dalam bentuk pil/tablet atau cecair kini disediakan dalam bentuk aplikasi tempatan seperti koyok, tampalan, jel dan krim sapuan. Contohnya, ubat nitrogliserin yang arahannya diletakkan di bawah lidah oleh pesakit jantung semasa sakit dada. Kini, pesakit boleh mendapatkannya dalam bentuk tampalan pada dada.

Sementara itu, ubat penahan sakit antiradang bukan steroid (NSAIDs) ada dalam bentuk jel dan koyok. Bagi pesakit yang perlu menggunakan ubat-ubatan diuretik disaran mengambilnya pada sebelah malam dan bukannya sewaktu bersahur.
Diuretik merawat tekanan darah tinggi, edema dan glaukoma yang boleh menyebabkan kekerapan membuang air kencing dan akibatnya kekurangan air dalam badan, "Suka saya menekankan di sini, jika anda mempunyai apa-apa jua kemusykilan tentang rawatan yang anda ambil berkaitan puasa, berbincanglah dengan doktor anda cara-cara untuk mengatasinya. "Ingat, jangan ubah dos dan kekerapan pengambilan ubat anda sebelum berbincang dengan doktor,'' saran Dr. Abd. Rahman. Selamat menunaikan ibadah berpuasa dalam keadaan sihat sejahtera buat seluruh umat Islam, khususnya para pembaca Mingguan Malaysia.

Banyak berlaku kemusykilan di kalangan pesakit tentang batal atau tidak puasa mereka dengan pengambilan ubat mereka secara berikut:
* Ubat titisan mata - tidak batal
* Ubat titisan telinga dan semburan hidung - batal
* Ubat sapu pada kulit (krim atau jel), koyok tampalan kulit - tidak batal
* Pesari atau cucian alat sulit yang dimasukkan ke dalam faraj - batal
* Segala jenis suntikan (suntikan otot, sendi, kulit dan pembuluh darah) - tidak batal
Begitu juga tidak batal sekiranya suntikan pembuluh darah dilakukan dengan niat untuk menghilangkan kepenatan berpuasa mahu pun memberi tenaga yang diberikan melalui drip atau titisan
* Pengambilan oksigen dan gas pelali - tidak batal
* Spray atau semburan mulut (termasuk inhaler) - batal
Bagaimanapun, sekiranya ubat diambil menggunakan balang aerochamber di mana ubat di sembur di dalam balang, pesakit bernafas melalui balang (seperti pesakit yang diberikan oksigen) dan bukannya inhaler yang bertindak secara langsung ke dalam mulut
* Kumuran - tidak batal
* Ubat yang diletakkan di bawah lidah - batal

Jika arahan ubat pada hari-hari biasa adalah seperti di bawah,bagaimanakah ia boleh diambil atau diubah sepanjang bulan Ramadan?
Jika arahan mengambil ubat adalah - anda boleh:
Sekali sehari sebelum atau selepas makan - Ambil sebelum atau selepas bersahur, dan kalau ingin mengambilnya semasa berbuka, berbuka dahulu dengan air dan buah tamar dan ambil ubat. Ambil makanan utama selepas 20 hingga 30 minit kemudian.
Jika arahan selepas makan, ambil ubat selepas berbuka. Adalah digalakkan untuk berbuka dengan air dan buah kurma, rehat atau solat maghrib dahulu, baru makan makanan utama.
Dua kali sehari selepas makan - Ambil ubat selepas bersahur dan berbuka.
Dua kali sehari sebelum makan - Ambil ubat sebelum sahur dan berbuka dahulu dengan air dan buah kurma dan ambil ubat. Selepas itu, baru makan makanan utama.
Tiga kali sehari selepas makan - Ambil ubat selepas berbuka, sebelum tidur sekitar pukul 12 tengah malam dengan minuman dan selepas bersahur.
Tiga kali sehari sebelum makan - Sama seperti di atas tetapi sebelum makan
Setiap lapan jam - Kalau tiada pilihan dan penyakit anda tenat atau tidak stabil, patuhilah arahan doktor anda.

Sebahagian besar roti berlebihan asid propionik – CAP

Oleh NURUL HUDA HASSAN

PULAU PINANG 20 Sept. – Memeranjatkan. Hampir sebahagian besar roti termasuk berjenama terkenal didapati mengandungi terlalu banyak asid propionik yang dijadikan bahan pengawet, sekali gus menimbulkan persoalan sejauh mana penguatkuasaan pihak berkuasa.

Asid itu mampu menimbulkan masalah tingkah laku yang luar biasa seperti gelisah, kurang tumpuan dan gangguan ketika tidur terutamanya di kalangan kanak-kanak.

Ini kerana hasil ujian Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendapati, 92 peratus roti yang diuji mengandungi asid propionik lebih lima kali daripada kandungan dibenarkan.

Sehubungan itu, Presiden CAP, S.M. Mohamed Idris menggesa Kementerian Kesihatan menguji semua jenis roti di pasaran sekali gus menguatkuasakan Peraturan Makanan 1985 bagi memastikan makanan yang melanggar akta itu, tidak dijual kepada orang ramai.

Menurutnya, berdasarkan peraturan itu, kandungan asid propionik, natrium, kalium dan garam kalsium tidak dibenarkan lebih 2,000 miligram bagi setiap kilogram roti.

‘‘Pihak kementerian perlu mengambil tindakan segera ke atas syarikat yang melanggar undang-undang berkenaan dan pada masa sama memantau kualiti roti yang menjadi makanan seharian rakyat negara ini.

‘‘Sementara itu, pengguna dinasihatkan mengelak daripada memakan roti sehingga pihak kementerian mengesahkan bahawa ia selamat untuk dimakan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Tambah beliau, CAP menguji 50 jenis roti yang terdapat di pasaran tempatan dan daripada jumlah itu, hanya empat jenis sahaja mengandungi asid propionik mengikut kadar dibenarkan.

Beliau turut mengedarkan jenama roti mengandungi asid propionik melebihi kadar itu.

Jelasnya, asid propionik digunakan dalam makanan yang dibakar dan keju, selain dicampur dengan makanan bakar kering untuk mencegahnya daripada berkulat dalam bentuk lain seperti kalsium dan natrium propionat.

‘‘Kajian pada tahun 2002 di Australia mendapati kalsium propionat mampu menimbulkan masalah tingkah laku yang luar biasa seperti gelisah, kurang tumpuan dan gangguan ketika tidur terutamanya di kalangan kanak-kanak,” ujarnya.

Dalam pada itu, kaji selidik CAP mendapati roti yang dihasilkan mengikut kaedah moden mengandungi banyak bahan penambah, terlalu banyak garam, lemak trans tersembunyi dan penggunaan yis berlebihan.

Tuesday, September 19, 2006

Job vacancy...IN A MULTINATIONAL COMPANY

Dear All,

A MULTI ANTIONAL COMPANY has 5 job vacancies in their deo/perfume Plant. If you're interested, apply to : hrhl@hinlever.com.

The Package:
1. Proposed salary is Net RM 9,000/mth,
2. Health benefits
3. 6 hours / day
4. 5 working days / week
5. Transport provided
6. Medical Benefits - RM 8500/pm

Conditions:
1. You only need to have a very good sense of smell.
2. Willingness to explore with your nose


SEE photo for a demo of the job...........

Buku Halal Haram

TAHUKAH ANDA?

? Kolegen daripada banduan yang ditembak mati, uri dan janin yang digugurkan digunakan dalam kosmetik!
? Hampir 3,000 bahan penambah digunakan dalam makanan, banyak yang diperolehi daripada binatang atau sumber yang meragukan. Ini termasuklah:
- Derivatif rambut manusia ditambah ke dalam roti dan piza
- Pewarna daripada serangga yang dihancurkan dalam makanan kegemaran anda.
? Serbuk plasma darah diperolehi daripada darah dari rumah sembelihan digunakan untuk membuat bebola ikan, burger dan daging yang diproses
? Gelatin dalam banyak makanan dan bukan produk makanan
? DNA babi dalam gelatin ditemui dalam daging ayam bahagian dada dan gelatin terkandung dalam lain-lain produk berdaging
? Status makanan yang dipersoalkan di hotel dan restoren
? Logo Halal palsu pada banyak produk makanan
? Banyak logo Halal yan berbeza ditemui di pasaran. Yang mana satu boleh dipercayai?
? Pinggan mangkuk daripada abu tulang
? Berus daripada bulu babi sementara beg, tangan, sarung tangan dari kulit babi.

Maklumat lanjut sila ke Buku Halal Haram di http://www.smarthalal.com/




Ragam manusia... bahagian 2









Monday, September 18, 2006

IT Personnel Required - MISC project!

IT Personnel required to develop marine technology database in Malaysia (full-time basis) -

URGENT!For further details (eg. job requirements, prospect, etc.) please contact:

Assoc. Prof. Dr. Adi Maimun Abd. Malik (FKM, UTM)
tel: 5534859/34751
h/p: 019-7765374

Hati-hati : Cara merogol alternatif oleh sekumpulan perogol-perogol

Please pass on to your family & friends...

Hal ini berlaku di suatu tempat di KL..Hari ini selepas waktu pejabat, saya dapat tahu dari kakak ipar saya berkenaan satu cara lain- merogol perempuan. Ianya berlaku pada kalangan kawan kawan dia juga.Pompuan nie kuar ofis dia kira2 lepas waktu pejabat agak2 dekat mlm lah tu dan terjumpa seorang kanak-kanak menangis di tepi jalan.Kesian dgn budak nie... dia hampiri dan tanya budak nie Budak nie bagitau dia, yang dia dah sesat dan minta dihantar balik ke rumahnya. Budak kecik tu kemudiannya menunjukkannya sekeping kertas yang tertulis alamat rumahnya. Kawan kita pompuan nie.. kira berhati mulia,tanpa mengesyaki apa apa terus bawa budak ni ke alamat tersebut.Setibanya di rumah budak itu, kawan kita ni menekan loceng pintu..sejurus kemudiannya dia pengsan lantaran loceng berkenaan disambungkan dengan wayar berkuasa tinggi.

Hari berikutnya, begitu dia tersedar, dia berada di sebuah rumah kosong di kawasan berbukit - dalam keadaan telanjang.Kondom ada di mana-mana dengan air mani berhamburan. Tak kurang 20 kondom semuanya. Dia langsung tak mengenali penyerangnya.Begitulah jenayah akhir-akhir ini mensasarkan mangsanya. Jika terserempak dengan keadaan sebegini,jangan sesekali turuti kemahuan kanak-kanak itu, sebaliknya hantar jer ke balai polis yang berdekatan. Hantarlah kepada rakan-rakan wanita anda.. selamatkan mereka.Jangan biar naluri keperihatinan mereka dieksploitasi...

Pilih ibu atau bayi?

Seorang lelaki berjalan mundar-mandir di lorong hospital,gelisah akan keadaan isterinya yang akan melahirkan anak sulung mereka.Setelah beberapa jam ia menunggu, tak jua terdengar tangisan bayi. Tiba-tiba, seorang doctor berjalan tergopoh-gopoh keluar dari ruang persalinan menuju kearahnya.

"Bagaimana keadaannya doktor?" tanyanya penuh harap."Maaf encik, kami sudah berusaha, keadaannya amat kritikal. Si ibu sudah tak sedarkan diri! " jawab doktor itu."Jadi bagaimana doktor ..?""Kami tak mungkin dan berupaya untuk menyelamatkan keduanya, tapi masih ada harapan. Kami hanya punya satu pilihan, menyelamatkan si ibu, atau menyelamatkan si bayi!"Lelaki tersebut kebingungan, dan tak dapat berkata-kata. ......"Maaf encik, setiap saat amat berharga, tolong cepat untuk membuat pilihan!" desak doktor itu.

Akhirnya, dengan berat hati lelaki itupun berkata dengan nada sayu,"Doktor, saya sangat bingung .. Saya serahkan sepenuhnya kepada doktor. Tolong lakukan yang terbaik!" pintanya.Doktor pun bergegas kembali ke ruang persalinan. Nampaknya dia sudah berpengalaman menangani masalah darurat atau kritikal seperti ini. Dan dia tahu apa yang harus dilakukannya. Ini adalah salah satu contoh, bagaimana keyakinan beragama boleh mempengaruhi keputusan disaat genting.

Bagi seorang doktor beragama kristian/katolik, ia akan berusaha menyelamatkan si anak, dan mengorbankan si ibu.

Bagi doktor muslim, ia akan berusaha menyelamatkan si ibu, dan Mengorbankan si bayi.Memang benar, dua-duanya adalah pilihan yang sukar, tapi itulah jalan terakhir dan muktamat.

Mengapa ia boleh berlaku seperti demikian?
Dalam ajaran kristian, setiap manusia yang lahir sudah membawa dosa,doktrin ini dikenal dengan "dosa waris" atau "dosa asal". Manusia yang lahir sudah menanggung dosa Nabi Adam dan Hawa. Untuk menebusnya ia harus mengikuti seorang penyelamat yakni penebus dosa (Ketua Paderi atau Pope). Doktor Kristian itu akan berjuang sedaya upaya untuk menyelamatkan si anak, agar dia dapat lahir dengan sihat dan selamat walaupun sebaliknya terpaksa mengorbankan si ibu. Doktor berharap, setelah anak itu lahir ia akan mendapat kesempatan untuk dibaptiskan, untuk tujuan menebus dosanya. Jika si anak meninggal sebelum dibaptiskan, anak itu akan masuk neraka. Sebab, dosanya belum sempat ditebus.

Dalam ajaran Islam, setiap manusia lahir dalam keadaan fitrah/suci.Doktor muslim akan berjuang menyelamatkan si ibu, kerana dia tidak bimbang yang bayi akan masuk neraka. Dengan terselamatkannya si ibu, insyaAllah setelah sihat kembali akan dikurniai kekuatan untuk mengandung lagi dan mudah-mudahan mendapatkan ganti yang lebih baik, yang lebih soleh. Sedangkan anak yang tak sempat terselamatkan, biarlah ia kembali kepada Allah dalam keadaan suci.

Mungkin lebih baik sekiranya bayi itu tidak dilahirkan di dunia yang penuh tipu daya ini
agar hidupnya kelak tidak menjadi orang yang tersesat. Demikianlah, dalam keadaan serba
salah lelaki itu tak sempat untuk memastikan agama doktor tadi. Dan ia sudah berserah
sepenuhnya kepada doktor itu. Di dunia ini ada banyak agama dan kepercayaan. Pemahaman kita terhadap ajaran agama yang kita anut, akan menentukan jalan hidup kita.Itu sebabnya amat penting bagi kita orang Islam menentukan yang bakal menerima kelahiran
anak kita adalah seorang doktor muslim.

Sejak bangun tidur, kita sudah dihadapkan kepada pilihan.
1. Meneruskan tidur, atau bangun sholat subuh?
2. Untuk lunch dahulu, atau sholat zohor dahulu?
3. Setelah habis kerja, adakah terus pulang ke rumah, atau singgah ke gerai kopi/disco
dahulu?
4. Ikut terlibat melakukan pecah amanah, atau dimusuhi rakan sekerja?
5. Menyegerakan berkahwin, atau menundanya dulu?
6. Hidup mulia di sisi Allah, atau mulia dalam pandangan manusia?
7. Dan banyak lagi.....

Kita akan sering dihadapkan pada pilihan-pilihan yang lebih sukar, dan melibatkan akibat
atau natijah yang sangat ditakuti. Kesimpulannya perbanyakkanlah muhasabah diri dan
tambahkan ilmu dengan majlis2 ILMU. Mudah2an selamat kita semua di dunia & di akhirat.

Amiin.

Fenomena kena tindih...kepercayaan dan kebenaran..

Aku baca segmen pengalaman menyeramkan dalam book and readings, byk sgt orang dok citer pasal pengalaman kena tindih ni.......betulker kena tindih disebabkan gangguan makhluk seperti jin atau hantu?

Orang ramai describe kena tindih seperti takleh gerakkan seluruh badan, hujung jari, terasa berat kat dada...nampak mender2 pelik2 (hantu, makhluk hitam dan sebagainyer).....
kalau aku tanya sini, mesti ramai jawab pernah kena....aku pun jujur pernah ader pengalaman kena 'tindih' ni masa skolah menengah dulu...aderla dalam 3-4 kali jugak...masa tu aku sedar...boleh bukak mata separuh.....aku tau aku sedar...tapi takleh gerak...kadang2 geram, sbb takleh gerak.....pastu 5 minit baru leh gerak....aku dulu pun takut...mmg ingat kena hempap dah...lps boleh gerak tu seram sejuk jer... tapi, setelah aku masuk U belajar pasal tubuh badan manusia.....barula aku tau kebenaran dia....

ni aku nak citer sket pasal fenomena hempap/tindih atau nama medical nyer 'sleep paralysis' Sleep paralysis atau dimelayukan 'lumpuh waktu tidur'...adalah condition yang terdiri daripada of course la paralysis (lumpuh) yang temporary (sementara)..... temporary paralysis ni selalu berlaku bila time2 nak tido (hypnagogic paralysis) atau baru2 bangun dari tido (hypnopompic paralysis) ok, normal badan manusia bila tido, bila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM (rapid eye movement.....waktu nyenyak ni, bijik mata kiter gerak2) stage....otak akan bagitau badan kita suruh rehat...so, badan kiter kira macam switch off kejap....REM atonia (tader muscle tone)...... ok, otak kiter pun ader switch off button....dipanggil reticular activating system RAS......bila otak dah switch off badan, dia pun auto switch off RAS ni...so tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas etc.) jer yang on....kirenyer screensaver laaa or hibernate... so,, bila kita bangun, RAS switched on balik......kita sedar fullyawake state....tapi kadang2, electrical signal tak diactivate kan oleh otak suh switch on balik badan kiter.... maka masa tu laa badan kita lumpuh seketika...before otak activate balik....mmg menakutkan tapi benar.... tapi paralysis tu tak semestinyer complete atau full..kadang2 partial atau sebahagian jer...tu ader yang boleh gerakkan ibu jari, tp badan lain lumpuh etc.... dan lagi satu, sleep paralysis ni selalu jugak datang skali dengan hallucinations (halusinasi la) either dalam bentuk auditory (dengar bunyi pelik2), visual (nampak mender bukan2) atau tactile (deria sentuhan, terasa mender sentuh/hempap dll..)

sebab2 atau mender2 yang boleh mentrigger sleep paralysis:
1. tidor dalam posisi terlentang terlalu lama
2. jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)
3. sleep/rest deprivation (tak cukup tidor la ni...penat sgt)
4. stress yang byk kat otak...masalah keluarga, kewangan bla2
5. pertukaran gaya hidup secara tiba2 ( macam biasa dok rumah jer,tetiba esok gi panjat gunung, kayuh beskal....heheh extreme sgt contoh aku ni)
6. orang yang ader penyakit narcolepsy

Friday, September 15, 2006

Iklan menarik









Gelagat haiwan









Thursday, September 14, 2006

Ragam manusia... bahagian 1