KEMASUKAN KE TINGKATAN SATU TAHUN 2007 MAKTAB RENDAH SAINS MARA
MARA mempelawa pelajar Tahun Enam untuk kemasukan ke Tingkatan Satu bagi tahun 2007 ke MRSM di Semenanjung Malaysia.
1. SYARAT KELAYAKAN
1.1 Warganegara Malaysia
1.2 Permohonan ini terbuka kepada pelajar yang bersekolah di Semenanjung Malaysia:
a) Bumiputera Tahun Enam
b) Bukan Bumiputera Tahun Enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan.
1.3 Pemohon hendaklah memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2006.
2. CARA MEMOHON
2.1 Pemohon hendaklah datang sendiri ke PEJABAT MARA Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Negeri atau Daerah yang berdekatan untuk mendapatkan borang permohonan bermula pada hari keputusan UPSR 2006 diumumkan secara rasmi.
2.2 Pemohon hendaklah membawa bersama Salinan Surat Beranak serta Salinan Keputusan UPSR 2006 yang telah disahkan semasa membeli borang.
2.3 Bayaran sebanyak RM5.00 (RM:Lima Ringgit) boleh dibuat secara tunai atau dalam bentuk wang pos berpalang atas nama Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Untuk maklumat lanjut sila layari laman web MARA di alamat : http://www.mara. gov.my
3. TARIKH TUTUP JUALAN BORANG PERMOHONAN
Tarikh tutup jualan borang permohonan adalah 10 hari bekerja selepas keputusan UPSR diumumkan secara rasmi.
4. TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke alamat di bawah tidak lewat dari 3 hari bekerja selepas tarikh tutup jualan borang permohonan.
Pengarah
Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah)
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA
21, Jalan Raja Laut
50609 Kuala Lumpur
5. PERINGATAN
5.1 Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
5.2 Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima daripada tarikh tutup akan ditolak.
5.3 Selain daripada syarat kelayakan, keutamaan akan diberikan kepada calon yang :
a) Bergiat aktif dalam bidang kepimpinan, sukan dan permainan, kelab dan persatuan serta pasukan pakaian seragam.
b) Berasal dari keluarga berpendapatan rendah dari sekolah pedalaman, luar bandar atau kawasan bandar yang meliputi kawasan setinggan atau kawasan daif.
5.4 Pemohon yang ditawarkan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP, SBPI) Kementerian Pelajaran tidak akan ditawarkan ke MRSM.
5.5 Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi. Sekiranya tiada jawapan yang diterima sehingga 30 April 2007 permohonan dianggap tidak berjaya.
5.6 Pemohon yang berjaya akan ditempatkan di MRSM yang bersesuaian mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh MARA.
5.7 Keputusan Pemilihan Jawatankuasa Pengambilan Pelajar MRSM adalah muktamad.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home